KUALA LUMPUR, 3 September 2026

Bahagian Tenaga, Kementerian Ekonomi hari ini telah mengehoskan mesyuarat dua hala bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Perancis Malaysia (CCIFM) dan EVOLEN dengan jayanya. Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada pertumbuhan strategik serta peluang pelaburan dalam sektor tenaga dan elektrik Malaysia. Mesyuarat ini jelas memangkin dalam memperkukuh kerjasama antarabangsa, memacu pembangunan infrastruktur mampan, dan kepakaran selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Semasa sesi tersebut, Kementerian Ekonomi telah membentangkan gambaran menyeluruh mengenai landskap ekonomi Malaysia, peluang pelaburan, pencapaian utama NETR, serta pembangunan rangka kerja Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS). Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) kemudiannya membentangkan mengenai kecekapan tenaga, tenaga boleh baharu dan pembangunan tenaga nuclear .

Seterusnya, Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) turut membentangkan kemas kini strategik mengenai sektor Perkhidmatan dan Peralatan Minyak & Gas (OGSE). Penyertaan aktif daripada delegasi Perancis ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan perbincangan mendalam mengenai potensi teknologi hidrogen dan CCUS, mekanisme karbon, tenaga boleh baharu, serta pembangunan bakat untuk mempercepat usaha Malaysia ke arah mencapai pelepasan sifar bersih.

#Kementerianekonomi #MADANIBekerja #CCUS #Taatsetia