- 14 views
YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi, hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bil. 2/2026 yang membincangkan Rangka Kerja Ekonomi Kitaran (RKEK) Malaysia dan Hala Tuju Strategik Negara ke Arah Pembangunan Pusat Data Lestari, dengan penekanan terhadap pengoptimuman sumber, pengurangan sisa, pembangunan industri tempatan serta pertumbuhan sektor pusat data yang seimbang dengan kapasiti tenaga dan air negara.
Kedua-dua inisiatif ini memerlukan pendekatan menyeluruh kerajaan melalui penyelarasan dasar dan kerjasama rentas kementerian serta agensi bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal berdaya saing, bertanggungjawab dan memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat.
YB Menteri dan ahli mesyuarat EXCO bersetuju supaya kedua-dua kertas ini dibentangkan dalam Mesyuarat MTEN yang akan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri untuk pertimbangan dan keputusan ke arah mencapai pembangunan yang mampan dan lestari.

