- 161 views
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Bil. 1/2024 di Pejabat Perdana Menteri hari ini.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan cadangan tema rujukan mesyuarat MEB dan draf hala tuju agenda pemerkasaan bumiputera.
Hadir sama, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri I, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri II dan ahli-ahli mesyuarat MEB.