Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, hari ini meneliti secara menyeluruh langkah-langkah strategik Kerajaan dalam menguruskan cabaran semasa susulan konflik di Asia Barat. Turut hadir, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi.

Kementerian Ekonomi komited menyokong pendekatan Kerajaan yang berteraskan tindakan berfasa dan berpandukan data. Fokus kerajaan adalah untuk stabilkan bekalan, kawal tekanan kos, lindungi pekerjaan, meneruskan projek penting yang memberi impak terus kepada rakyat, memperkukuh sumber domestik dan kekalkan keyakinan ekonomi negara.Pendekatan ini turut diperkukuh melalui libat urus berterusan bersama industri serta pemantauan di lapangan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan.

Selain itu, mesyuarat ini menetapkan lima keutamaan utama, iaitu menstabilkan bekalan tenaga dan input kritikal, mengawal tekanan kos kepada rakyat, memastikan projek penting tidak terbengkalai, melindungi pekerjaan dan pendapatan keluarga, serta membina daya tahan ekonomi jangka panjang.

Ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memastikan kestabilan ekonomi negara terus terpelihara, di samping melindungi kesejahteraan rakyat dan memperkukuh asas pertumbuhan yang mampan serta berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan global.

📸Pejabat Perdana Menteri 

#MADANIbekerja
#YakinMADANI
#RancakkanMADANI
#MTEN