8 Oktober 2026, Manila - YB Menteri Ekonomi telah menyertai Mesyuarat Peringkat Menteri Asia Zero Emission Community (AZEC) kali Keempat (4th AZEC Ministerial Meeting) di Philippines International Convention Center (PICC) pada hari ini. Di sela-sela acara, YB Menteri turut mengadakan perbincangan dua hala bersama TYT Josh Wilson, Assistant Minister of Climate Change and Energy, Department of Climate Change, Energy, the Environment and Water, Australia.

Perbincangan tersebut memfokuskan kepada isu keterjaminan bekalan tenaga dan pembekalan gas antara kedua-dua negara. Seterusnya, perbincangan dua hala turut diadakan bersama TYT Takagi Kei, State Minister of Economy, Trade and Industry, Jepun yang menyentuh peranan Malaysia dalam AZEC serta peluang kerjasama dalam bidang CCUS dan hidrogen. 4th AZEC Ministerial Meeting pada kali menegaskan usaha untuk memperkukuh kerjasama dalam peralihan tenaga ke arah mencapai komitmen sifar bersih.

Mesyuarat juga memgesahkan Kenyataan Bersama yang mengandungi perancangan dan pelan tindakan AZEC yang antara lain meliputi kerjasama dalam bidang tenaga boleh baharu, nuklear, stok penyimpanan strategik dan biotenaga. Mesyuarat kemudiannya disusuli dengan satu mesyuarat khas bersama negara pengeluar minyak dari Timur Tengah iaitu Arab Saudi dan United Arab Emirates yang telah membentangkan cadangan bagi stok penyimpanan strategik di negara anggota AZEC.

Secara keseluruhan, lawatan rasmi YB Menteri Ekonomi pada kali ini telah mencapai hasil dan persetujuan bersama yang strategik dalam memperkukuh peranan Malaysia sebagai hab peralihan tenaga dan CCUS di rantau ini.

#Kementerianekonomi

#AZEC

#Manila

#MADANIBekerja

#Taatsetia