Satu sesi mesyuarat secara hibrid yang dipengerusi oleh YBrs. Dr. Nor Azlina binti Ariffin,Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) bersama pihak sekolah dan pemegang taruh telah dilaksanakan pada 27 April 2026 bagimembincangkan pelaksanaan Program Sekolah Angkat MADANI di SJCK Yeok Hua, Balik Pulau,Pulau Pinang.Dengan jumlah 73 orang murid daripada latar belakang pelbagai kaum serta sokongan 12 orang guru, sekolah ini dipilih sebagai antara penerima inisiatif bagi memperkukuh ekosistem pendidikan yang lebih kondusif, inklusif dan berdaya saing.

Pelaksanaan program ini memberi tumpuan kepada tiga (3) skop utama:

1. Peningkatan Infrastruktur & Digital – ke arah pembelajaran lebih moden melalui inisiatif smart
2.  Pengukuhan Akademik & Pembangunan Sahsiah – termasuk pendedahan teknologi IR4.0 dan program pertukaran budaya
3. Kebajikan & Latihan – memperkasa kemahiran serta pembangunan murid dan guru

Antara inisiatif yang dirancang termasuk naik taraf kemudahan sekolah, pelaksanaan kelas drone, program pengantarabangsaan serta pengukuhan aktiviti kokurikulum seperti koir dan bola keranjang. Program ini dilaksanakan secara kolaboratif bersama pelbagai pihak termasuk Kementerian Ekonomi, JPN, PPD, PIBG dan agensi rakan strategik bagi memastikan impak yang menyeluruh dan mampan kepada komuniti sekolah.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada pembangunan pendidikan yang lebih holistik selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

#SekolahAngkatMADANI
#KementerianEkonomi
#MalaysiaMADANI
#PendidikanUntukSemua