Putrajaya, 3 Disember 2020 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed mempengerusikan Telesidang bersama Ketua Unit Komunikasi Korporat Jabatan & Agensi di bawah portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).

Perjumpaan yang diadakan secara berkala merupakan platform bagi UKK Jabatan & Agensi untuk berinteraksi secara langsung bersama YB Menteri terutamanya dalam aspek penyampaian maklumat-maklumat terkini berkenaan pembangunan & ekonomi negara.