- 267 views
KUALA LUMPUR, 30 November 2023 - YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah membentangkan Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif di Parlimen hari ini.
Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif bertujuan untuk menerangkan komitmen Kerajaan bagi mereformasi pasaran buruh dengan matlamat untuk meningkatkan gaji pekerja selari dengan peningkatan produktiviti.
Tumpuan utama Kertas ini adalah untuk menggariskan cadangan Kerajaan mengenai model Dasar Gaji Progresif yang mengandungi ciri-ciri asas, mekanisme pelaksanaan dan sistem penilaian majikan. Selain itu, jangkaan impak, strategi pelaksanaan dan cadangan struktur tadbir urus Dasar Gaji Progresif turut diperincikan dalam Kertas ini.