YBhg. Datuk Dr. Zunika binti Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Ekonomi mengetuai delegasi Malaysia ke 33rd Senior Officials’ Meeting (SOM) Indonesia–Malaysia–Thailand Growth Triangle (IMT-GT) di Medan, Indonesia pada 8 September 2026.

Mesyuarat antara lain membincangkan kemajuan pelaksanaan kerjasama IMT-GT serta hala tuju strategik bagi memperkukuh integrasi ekonomi subwilayah, kesalinghubungan rentas sempadan, perdagangan dan pelaburan, pelancongan serta penglibatan sektor swasta.

Perbincangan turut memberi penekanan kepada keperluan mempercepat pelaksanaan projek dan inisiatif yang mempunyai impak nyata kepada pertumbuhan ekonomi, daya saing wilayah dan kesejahteraan masyarakat.

Selain itu, IMT-GT Business Forum turut diadakan bagi merancakkan perkembangan aktiviti ekonomi antara ketiga-tiga negara disertai wakil usahawan PMKS dari negara anggota.

Malaysia kekal komited dalam memperkukuh jalinan kerjasama subserantau bagi memastikan IMT-GT terus menjadi platform pertumbuhan ekonomi yang dinamik, inklusif dan berdaya saing.

#KementerianEkonomi

#MalaysiaMadani

#30thIMTGTMM

#IMTGT