7 Disember 2024, Kuala Pilah - Kerajaan telah memperkenalkan Program Kampung Angkat MADANI sebagai usaha untuk membangunkan sosio ekonomi komuniti setempat secara intensif. Kampung Kuala Serdang, Kuala Pilah merupakan Kampung Angkat MADANI di bawah seliaan Kementerian Ekonomi.

Di kampung ini, pelbagai projek untuk kemudahan komuniti setempat telah dilaksanakan termasuk menaik taraf menaik taraf balai raya dan perpustakaan serta pengukuhan tebing dan pengindahan sungai. Dalam program Ini, YB Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah merasmikan Program Kampung Angkat MADANI serta Penyerahan Projek di Balai Raya Kampung Kuala Serdang.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya, pameran reruai oleh Kementerian Ekonomi, perkhidmatan bergerak, Jualan Rahmah, Sukan Rakyat, Kaunter Bayaran Saman serta pelbagai lagi.

Hadir sama dalam majlis ini adalah Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Dato' Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi dan Pengurusan Tertinggi Kerajaan Negeri Sembilan, Kementerian Ekonomi serta Ketua Jabatan.