- 27 views
15 Disember 2024, Putrajaya - Sebagai penutup tirai tahun 2024, Retreat PUSPANITA Kementerian Ekonomi telah diadakan bertempat di Hotel Le Meridien Putrajaya. Seramai 60 orang Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Kementerian Ekonomi termasuk PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah menyertainya.
Agenda utama retreat ini adalah bagi membentangkan pencapaian aktiviti sepanjang tahun 2024 dan perancangan aktiviti tahun 2025, selain sesi apresiasi iaitu penyampaian sijil penghargaan kepada AJK Induk dan AJK Kecil Biro Sesi 2023/2024 yang telah memberikan komitmen dan sumbangan serta sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam setiap program/ aktiviti yang dianjurkan.
Retreat dan mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Datin Roziah Alias, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Ekonomi dan turut dihadiri oleh Puan Hajah Nazaria Baharudin, Timbalan Ketua Perangkawan DOSM. Selain itu, slot perkongsian ilmu bertajuk “Pesona Wanita Matang: Kejayaan dan Keyakian” turut diselitkan sebagai salah satu pengisian program yang disampaikan oleh Puan Airene Abdullah, Pegawai Psikologi Kementerian Ekonomi.
Antara pengisian program juga adalah sesi santai bersama Haus Cosmetics & Skincare berkaitan penjagaan penampilan diri melalui demonstrasi 𝘮𝘢𝘬𝘦-𝘶𝘱 simple looks ke pejabat.