Selesai sudah perjuangan skuad pantun Kementerian Ekonomi di Sayembara Pantun Madani Antara Kementerian pada 9 dan 10 September lepas!

Walaupun rezeki belum memihak kepada kita untuk menaiki podium kali ini, keberanian dan kesungguhan skuad kita bersaing dengan 9 kementerian lain amat membanggakan. Pentandingan ini memberi pengalaman serta ilmu yang cukup berharga buat kami.

Kalah menang adat bertanding, yang utama adalah ukhuwah dan usaha memelihara khazanah bahasa kita. Terima kasih buat warga kementerian yang memberi sokongan padu dari awal hingga akhir!

#KementerianEkonomi

#SayembaraPantunMadani

#PantunMelayu

#MalaysiaMADANI