- 99 views
PUTRAJAYA, 7 Disember 2023 - Kementerian Ekonomi dengan kerjasama Biro Pengaduan Awam (BPA) telah mengadakan Sesi Latihan Pengguna Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) pada 6 & 7 Disember di Menara Prisma.
Sesi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Pegawai Penyelaras Aduan yang telah dilantik untuk menggunakan SISPAA dalam pengurusan aduan awam.
Perkongsian modul telah disampaikan oleh YBrs. Puan Norhanizatuazwani Samsuni, Ketua Penolong Pengarah Kanan Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri dan turut dihadiri oleh fasilitator untuk membantu para peserta sepanjang sesi latihan berlangsung.