- 52 views
Kuala Lumpur, 7 Disember 2020 - Sesi Libat Urus Penyediaan RMKe-12 Bersama Ahli Parlimen telah diadakan bertempat di Dewan Banquet, Bangunan Parlimen pada hari ini.
Seramai lebih kurang 50 Ahli Parlimen telah hadir di sesi penerangan yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah (Makro).
Sesi libat urus yang dipengerusikan YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) telah menerima pelbagai maklum balas antaranya berkaitan jurang pendapatan antara wilayah, paras garis kemiskinan dan projek-projek infrastruktur.
Hadir sama YBhg. Datuk Azhar bin Azizan @ Harun, Yang Dipertua Dewan Rakyat; YB Dato' Haji Mohd Rashid bin Hasnon, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat; YB Tuan Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi); YBhg. Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen, Ketua Pengarah dan pengurusan tertinggi Unit Perancang Ekonomi.