- 25 views
19 Disember 2024, Sabah - Sesi Libat Urus (SLU) Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) bersama Kerajaan Negeri Sabah telah berlangsung dengan penuh gemilang di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, Sabah pada 19 Disember 2024 (Khamis). Sesi Pertama dimulakan dengan kerjasama erat bersama Kerajaan Negeri Sabah. Majlis ini disempurnakan oleh YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi, bersama YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah. Turut hadir dalam sesi ini adalah YBhg Datuk Dr. Yatimah binti Sarjiman Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral) Kementerian Ekonomi. Sesi kedua diteruskan dengan program MADANI Mendengar yang dihadiri oleh YB Menteri Ekonomi, membuka ruang kepada rakyat Sabah untuk berinteraksi secara langsung dengan YB Rafizi Ramli, serta berkongsi pandangan dan cadangan mereka mengenai RMK 13. SLU RMK-13 merupakan inisiatif penting oleh Kerajaan dalam usaha untuk menyebarkan maklumat serta mengenal pasti isu dan cabaran berkaitan pembangunan sosioekonomi. Program ini juga bertujuan mengumpul maklum balas dan cadangan bagi memperkasa keperluan pembangunan di setiap negeri. Orang ramai dijemput menyuarakan pendapat dan cadangan melalui laman web rasmi RMK13 di https://rmk13.ekonomi.gov.my/rmk13/pandangan-awam/