- 0 views
Pada 4 Mei 2026, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah telah berkongsi tentang kedudukan ekonomi Malaysia, strategi menghadapi krisis tenaga, serta kepentingan kerjasama serantau ASEAN dalam satu sesi temu bual khas bersama CNA TV News.
Dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.2% pada tahun 2025 dan unjuran antara 4% hingga 5% bagi tahun 2026, ini mencerminkan prestasi semasa ekonomi Malaysia yang kekal berdaya tahan, walaupun terdedah kepada krisis global.
Sebagai langkah mitigasi jangka pendek dan sederhana, pelaksanaan dasar biodiesel, termasuk peralihan daripada B10 kepada B15 dilakukan secara berperingkat. RMK13 telah memperuntukkan dana bagi menaik taraf fasiliti pencampuran biodiesel sebagai persediaan ke arah sasaran B30 menjelang 2030. Kerajaan menegaskan keutamaan untuk memanjangkan bekalan tenaga kekal stabil dan kos sara hidup rakyat terkawal.
Dalam jangka panjang, pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) akan terus diperkukuh untuk keselamatan negara. Selari dengan dasar integrasi tenaga boleh baharu, YB Akmal Nasrullah juga menegaskan kepentingan integrasi ASEAN, khususnya melalui inisiatif seperti ASEAN Power Grid yang meningkatkan daya tahan ekonomi rantau ini secara kolektif.
Kerajaan terus komited menjelaskan pendekatan strategik kerajaan dalam mendepani krisis semasa, bukan sahaja untuk melindungi kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan, tetapi juga untuk memastikan Malaysia terus berada pada landasan kukuh menuju pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berdaya tahan dalam jangka panjang.

