- 7 views
2 Disember 2024, Putrajaya - YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah menerima kunjungan hormat daripada YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan pada 2 Disember 2024 di Menara Prisma, Putrajaya.
Sesi kunjungan hormat ini membincangkan kerjasama dua hala antara Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kesihatan, dengan fokus untuk memperkukuhkan sektor kesihatan di Malaysia.
Dengan gabungan kepakaran kedua-dua kementerian, diharapkan kerjasama ini dapat menyumbang kepada pencapaian matlamat pembangunan mampan dalam sektor kesihatan di Malaysia.