YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Bin Haji Mohd Nasir turut sama menyertai delegasi Malaysia yang diketuai YAB Perdana Menteri dalam rangka lawatan ke Bukit Kayu Hitam pada 10 Julai 2026 bagi perasmian jajaran jalan baharu yang menghubungkan Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam dan Kompleks CIQ Sadao.

Semasa lawatan ini, Kementerian Ekonomi telah berkongsi kemajuan pelaksanaan program dan inisiatif pembangunan wilayah sempadan yang diterajui oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA). Ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mempercepatkan transformasi ekonomi wilayah dan merapatkan jurang pembangunan dalam konteks keseluruhan ekonomi negara dan sub-serantau.

#KementerianEkonomi

#MADANIBekerja

#taatsetia

#yakinMADANI