YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi hari ini telah menyampaikan ucapan di The Edge-HSBC E&E Symposium 2026 bagi membincangkan hala tuju industri elektrik dan elektronik (E&E) negara melalui tema "The Value Chain Shift: Scaling Talent, Capital and Capability Up the Chip Ladder".

Selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS), Kerajaan komited memperkukuh daya saing Malaysia dengan mengalihkan fokus daripada pertumbuhan berasaskan kapasiti kepada penciptaan nilai yang lebih tinggi melalui pembangunan bakat, penguasaan teknologi, inovasi dan harta intelek tempatan.

Malaysia bukan sahaja berhasrat mengekalkan kedudukannya dalam rantaian bekalan global, malah meningkatkan keupayaan negara untuk mencipta nilai yang lebih tinggi, menjana pekerjaan berkemahiran tinggi, memperkukuh syarikat tempatan serta memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi diterjemahkan kepada kesejahteraan rakyat daripada "Made in Malaysia" kepada "Made by Malaysia".

#KementerianEkonomi

#MADANIBekerja

#taatsetia