- 269 views
PUTRAJAYA, 28 Disember 2022 - YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah menerima kunjungan hormat daripada H.E Nishimura Yasutoshi, Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) Jepun. Dalam pertemuan itu, YB Rafizi Ramli dan H.E Nishimura Yasutoshi mengucapkan tahniah kepada satu sama lain di atas kekuatan hubungan diplomatik yang berterusan. Hadir sama, YBhg. Dato’ Azmie Diron, Ketua Setiausaha, Kementerian Ekonomi dan YBhg. Datuk Yatimah Sarjiman, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral), Kementerian Ekonomi.