Dasar Perkhidmatan Kewangan
Agenda utama pembangunan sektor perkhidmatan kewangan ialah untuk mempertingkatkan ketahanan, kecekapan dan daya saing sektor ini bagi menyokong ke arah memperkukuh pertumbuhan ekonomi.
Inisiatif utama perkhidmatan kewangan ialah seperti berikut:
- Menggalakkan lebih banyak penggunaan teknologi digital dan menyediakan sokongan kawal selia ke arah mewujudkan masyarakat tanpa tunai, mengurangkan kos transaksi dan memperluas capaian kepada pelanggan yang kurang mendapat liputan perkhidmatan
- Meningkatkan pembangunan kewangan Islam melalui penerimagunaan pengantaraan berasaskan nilai
- Menjadikan Malaysia sebagai pusat bagi pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) serantau dan mempromosi pembiayaan hijau sebagai kelas aset yang baharu
Memudah cara penyaluran pelaburan swasta ke dalam syarikat yang mempunyai potensi pertumbuhan melalui langkah untuk memacu industri modal teroka dan ekuiti swasta serta pelaburan alternatif serta pelaburan alternatif
- 1988 views