Dasar-dasar
- Fasa Baru di dalam Pembangunan Industri Negara
Objektif utama ialah untuk memperkukuhkan kebingkasan dan pertumbuhan sektor ekonomi.
- Menyediakan Industri Ke Arah Globalisasi
Sektor pembuatan akan perlu mengukuhkan lagi daya saing dan kapasiti serta meletakkan diri mereka untuk mengambil peluang dan cabaran yang timbul dari pembangunan global dan serantau di dalam hal perdagangan dan pelaburan.
- Memperkukuhkan Kelompok Industri
Usaha akan dibuat untuk mempertingkatkan lagi pembangunan sumber-sumber pertumbuhan baru agar dapat mempelbagaikan dan melebarkan asas bidang pembuatan.
- Memperkukuhkan Perkhidmatan Berkaitan Pembuatan
Untuk mengukuhkan perkhidmatan berkaitan pembuatan dan menggalakkan industri bagi meningkatkan kualiti pengeluaran dan teknologi proses.
- Memberi Insentif Yang Lebih Memfokuskan Kepada Industri Nilai Tambah Yang Tinggi
Kerajaan akan mengenalpasti peningkatan terhadap insentif yang sedia ada dan juga memperkenalkan insentif-insentif yang lebih memfokuskan kepada memperkukuhkan perindustrian di dalam negara sebagai cara untuk menggalakkan pelaburan di dalam industri nilai tambah yang tinggi.
- Meningkatkan Penggunaan Teknologi dan Membangunkan Kebolehan Domestik Yang Teguh.
Usaha akan diteruskan untuk memberi fokus ke atas peningkatan penggunaan teknologi dan membangunkan asas domestik yang teguh dalam aspek kebolehan dan pengetahuan.
- Mempertingkatkan Pengeluaran Barangan Utama dan Pertengahan Tempatan
Kerajaan akan terus memberi penekanan ke atas dasar untuk meningkatkan pengeluaran barangan utama dan pertengahan agar dapat memberikan faedah-faedah ekonomi seperti kemajuan dalam baki pembayaran dan rezab asing.
- Menggalakkan Pengeksportan
Pendekatan baru dan inisiatif akan dibangunkan untuk menggalakkan eksport. Ini termasuk mewujudkan pusat pameran dan pengagihan serantau di pasaran luar negara yang terpilih yang dilengkapi oleh kemudahan pengagihan yang diadakan secara kerjasama dengan sektor swasta, menggalakkan lebih delegasi pembeli ke Malaysia dan mengadakan pesta perdagangan antarabangsa khas untuk menggalakkan export.
- Meningkatkan Daya Saing
Meningkatan produktiviti dan kualiti adalah sangat penting untuk mencapai kecekapan yang lebih baik untuk penghasilan barangan dan perkhidmatan. Promosi aktif produktiviti akan diterus dijalankan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman produktiviti dan kualiti.
- Meningkatkan Penggunaan ICT
Perusahaan-perusahaan Malaysia perlu meningkatkan daya saing berasaskan ICT dengan segera untuk mengambil kesempatan keatas peluang di pasaran tanpa sempadan.
- Membangunkan SME Yang Mampan
SME harus mengambil langkah inovatif termasuk mengukur rujuk bersandarkan pada tahap piawai antarabangsa untuk memenuhi kehendak yang meningkat persekitaran peniagaan yang berdaya saing.
- 6354 views