Meningkatkan Produktiviti

Tahap produktiviti dalam perdagangan pengedaran akan dipertingkatkan melalui sokongan dan intervensi bersasar untuk  memacu penambahbaikan bagi mencapai outcome yang spesifik. Penggunaan teknologi dan e-dagang akan terus digalakkan  dengan memberi sokongan kepada PKS yang berpotensi tinggi untuk pendigitalan operasi perniagaan

Pemodenan Perdagangan Pengedaran

Usaha untuk memoden, memperkukuh dan mempertingkatkan daya saing dalam perdagangan pengedaran akan diteruskan. Program latihan pengurusan perniagaan moden akan diperhebat untuk membina upaya dan mengukuhkan kompetensi PKS dalam perdagangan pengedaran. Kerjasama yang lebih erat antara pasaraya besar dan peruncit tradisional akan terus digalakkan

Mempromosi Sharing Economy

Langkah-langkah akan diambil untuk mengenalpasti peluang sharing economy melalui penilaian kehendak pemegang taruh dan penandaarasan dengan amalan terbaik peringkat global. Projek Pilot akan dikenalpasti, dilaksanakan dan diperhalusi berdasarkan maklum balas. Undang-undang dan peraturan sedia ada akan diperkuat untuk merangsang perkhidmatan perkongsian (shared services) yang mampan dengan memastikan risiko dikurangkan tanpa menjejaskan pembangunan dan inovasi.

Meningkatkan Pengantarabangsaan

Menyediakan bantuan khas untuk PKS yang berpotensi tinggi untuk mengantarabangsakan perniagaan mereka. Bantuan ini akan membolehkan PKS untuk membangunkan rangkaian perdagangan mereka melalui pameran perdagangan antarabangsa dan mendapat akses kepada penyelidikan pasaran semasa. Kerjasama dalam kalangan pihak berkepentingan akan diperkukuh untuk meningkatkan bina upaya dan mempromosi eksport

Meningkatkan Perlindungan Pengguna

Pelbagai inisiatif akan dilancarkan untuk memperkasa pengguna, meningkatkan perlindungan pengguna dan  meningkatkan kawal selia kendiri dalam kalangan peniaga. Inisiatif tersebut termasuk memperkukuh dasar dan peraturan yang berkaitan, menambah baik mekanisme aduan pengguna yang lebih efisien dan efektif, dan meningkatkan kesedaran pengguna mengenai standard keselamatan produk dan perkhidmatan.