Mempertingkatkan Prestasi PKS

Disebabkan oleh keperluan untuk bergantung kepada permintaan domestik dan industri yang berorientasikan domestik untuk pertumbuhan ekonomi negara telah bertambah, Kerajaan akan terus memberi sokongan untuk menguatkan lagi PKS dengan memperkenalkan langkah-langkah baru dan merasionalkan usaha yang telah ada untuk membangunkan lagi SME yang mampan. Antara langkah-langkah yang telah dikenalpasti :-

  • Untuk memperbaiki sistem sokongan institusi;
  • Untuk memudahkan ketersampaian kepada pembiayaan;
  • Untuk menaiktaraf kemahiran teknologi;
  • Untuk mempertingkatkan akses pasaran;
  • Untuk menggalakkan pengunaan ICT yang lebih banyak; dan
  • Untuk menambahkan kesedaran penjenamaan produk dan hak perlindungan harta intelek.

Dalam menggalak dan menaiktarafkan PKS Bumiputera di bawah Masyarakat Perdagangan dan Bumiputera (BCIC) usaha akan dipertingkatkan lagi untuk membantu usahawan Bumiputera memperbaiki kemahiran mereka di dalam pengurusan perniagaan, ICT, R&D, pembangunan produk dan pemasaran dan juga mewujudkan hubungan strategik dengan usahawan bukan bumiputera.

Untuk membolehkan PKS dalam industri luar bandar menembusi pasaran dunia, usaha untuk mempertingkatkan daya saing mereka akan digiatkan. Konsep satu daerah satu industri akan diperkuatkan lagi untuk meliputi kawasan penyertaan yang lebih besar. Usaha akan ditujukan ke arah mempertingkatkan penggunaan teknologi di dalam proses industri luar bandar, memperolehi pentauliahan kualiti dan menaiktaraf promosi pasaran dengan mewujudkan hubungan dengan pelanggan korporat dan antarabangsa.