Latar Belakang BMTKM: | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1.1 Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan RMKe-12 Bilangan 1 Tahun 2021 pada 6 Disember 2021 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri telah bersetuju supaya Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyelaras dan memudah cara Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) yang akan mula dilaksanakan pada tahun 2022. BMTKM ini akan memberi tumpuan kepada pembasmian kemiskinan tegar dalam kalangan ketua isi rumah (KIR) dan ahli isi rumah (AIR) miskin tegar di seluruh negara pada akhir tahun 2025. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
1.2 Selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 April 2022 (Rabu) dan perbincangan dengan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), BMTKM akan dilaksanakan seperti berikut: (i) Pelaksanaan BMTKM selama 3 tahun 6 bulan (2022-2025) bermula dengan fasa 1 secara rintis melibatkan 80 lokaliti dan kira-kira 3,000 KIR miskin tegar bermula pada penghujung Mei 2022.; |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pelaksanaan Program 1.3 Pelaksanaan Program berkaitan pembasmian kemiskinan tegar seperti pembangunan minda dan motivasi, pengurusan kewangan, pemasaran, keusahawanan, kemahiran teknikal, pertanian dan pemadanan pekerjaan pihak berkuasa koridor, DBKL dan PL seperti berikut:
|
Galeri Gambar | Tarikh |
---|---|
17 Jun 2022 |
|
Pelaksanaan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) Di Sabak Bernam |
17 Jun 2022 |
16 Jun 2022 |
|
Lawatan YB Dato' Sri Mustapa Mohamed ke Lata Kinjang, Tapah, Perak |
16 Jun 2022 |
15 Jun 2022 |
|
Program Pembasmian Kemiskinan Tegar (BMTKM) Fasa Pertama Di Selangor |
12 Jun 2022 |
Program Pembasmian Kemiskinan Tegar (BMKTM) Fasa Pertama di Pahang |
12 Jun 2022 |
Program Pembasmian Kemiskinan Tegar (BMKTM) Fasa Pertama di Kelantan |
11 Jun 2022 |
07 Jun 2022 |
|
16 Mei 2022 |
|
12 Mei 2022 |
|
11 Mei 2022 |
|
11 Mei 2022 |
Akan Datang
Soalan Lazim |
---|
Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia atau akronimnya BMTKM adalah merujuk kepada program pembasmian kemiskinan tegar yang diterajui oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama pelbagai pihak. Matlamat utama BMTKM adalah bagi mencapai sasaran kemiskinan tegar sifar pada penghujung tahun 2025 dengan pendekatan baharu yang holistik.
Kriteria pemilihan peserta BMTKM adalah seperti berikut:
Pendekatan baharu BMTKM dalam menangani kemiskinan tegar di Malaysia adalah melalui:
Pelaksanaan BMTKM melibatkan penyertaan pelbagai agensi di peringkat Persekutuan, negeri dan daerah serta kerjasama strategik bersama pelbagai pihak. Ini termasuk penyertaan pelbagai kementerian dan agensi pelaksana, pentadbiran kerajaan negeri dan daerah, universiti awam (UA), sektor swasta dan industri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan organisasi berasaskan komuniti (CBO). BMTKM akan menggunakan pendekatan kumpulan sasar berasaskan isi rumah, komuniti atau hibrid. Selanjutnya, BMTKM akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan aktiviti penjanaan pendapatan, pembangunan kapasiti dan kapabiliti serta minda yang sesuai berdasarkan potensi lokaliti serta profil peserta BMTKM. Secara amnya, program dan inisiatif yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:
BMTKM akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun dan enam bulan bermula 2022 hingga 2025. BMTKM akan memperkenalkan dasar pemisah (exit policy) kumpulan sasar selepas tempoh dua hingga tiga tahun pelaksanaan dan pemantauan BMTKM. Dasar pemisah ini adalah bagi memastikan kemampanan program yang telah dilaksanakan bagi peserta BMTKM mampu mengangkat dan mengekalkan mereka di luar kepompong kemiskinan tegar. Sehubungan itu, penyertaan pelbagai pihak dalam pembangunan program BMTKM yang antaranya mencakupi skop keusahawanan sosial, pengukuhan pembangunan kapasiti dan keupayaan serta pembangunan minda adalah sangat penting dalam memastikan keberkesanan dasar pemisah ini. Program BMTKM akan memberi tumpuan kepada pembasmian kemiskinan tegar di seluruh negara serta menjadi pelengkap kepada program sedia ada untuk menangani isu kemiskinan dalam kalangan B40. Program sedia ada berkaitan kemiskinan yang diselaraskan oleh Kementerian dan agensi pelaksana lain akan diteruskan. |
- 10556 views