- 67 views
Batam, Kepulauan Riau, Indonesia, 29 September 2023 – YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi, sebagai Signing MInister IMT-GT Malaysia telah mengetuai delegasi Malaysia dalam Ministerial Meeting (MM) bersempena dengan 29th IMT-GT Ministerial Meeting di Hotel Marriott, Batam, Kepulauan Riau, Indonesia.
Mesyuarat Peringkat Menteri yang dipengerusikan oleh H.E. Airlangga Hartarto, Signing Minister IMT-GT Republik Indonesia ini turut dihadiri oleh H.E. Julapun Amornvivat, Signing Minister IMT-GT Kerajaan Thailand, wakil Asian Development Bank (ADB), wakil ASEAN Secretariat (ASEC), wakil ketiga-tiga negara anggota IMT-GT dan pihak Centre for IMT-GT Subregional Cooperation (CIMT).
Mesyuarat Peringkat Menteri ini telah membincangkan laporan Senior Official Meeting, Chief Minister & Governors' Forum, & Joint Ministerial Statement serta perkara lain yang berkaitan.