- 2 views
Bengkel Pembangunan Prosedur Perkongsian & Pengintegrasian Data PADU telah diadakan selama dua hari pada 19 dan 20 Ogos 2025 bertempat di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya.
Bengkel ini dianjurkan bagi mencapai beberapa tujuan utama, iaitu:
✔️ Menilai dan mengemaskini prosedur perkongsian serta pengintegrasian data PADU,
✔️ Mendapatkan input berhubung prosedur pengurusan insiden keselamatan PADU,
✔️ Memberi pandangan penambahbaikan terhadap kandungan Portal Awam PADU,
✔️ Mendengar taklimat daripada Jabatan Digital Negara mengenai Akta Perkongsian Data 2024 (Akta 864).
Sepanjang bengkel, pelbagai agensi terlibat secara aktif dalam perbincangan dan sumbang saran, khususnya dalam memperkukuh prosedur perkongsian data yang lebih menyeluruh, selamat dan berkesan.
Usaha ini mencerminkan komitmen bersama untuk memastikan perkhidmatan PADU kekal cekap, terbaik serta terjamin keselamatannya, seterusnya menyokong agenda pendigitalan kerajaan.
#KementerianEkonomi
#RancanganMalaysiaKetigaBelas
#RMK13 #MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia