Johor, Malaysia, 9 September 2024 – YBrs. Dr. Haji Mohd Shaharin bin Umar, Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah, Kementerian Ekonomi telah mengetuai delegasi Malaysia dan mempengerusikan National Secretariat Meeting (NSM) bersempena dengan the 30th IMT-GT Ministerial Meeting di Desaru Coast Convention Centre, Johor, Malaysia.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Mr. Irfan Adithiya Permadi, NS Republik Indonesia, Ms. Pojjanaporn Krichtitayawuth, NS Kerajaan Thailand, wakil Asian Development Bank (ADB) dan Pengarah Centre for IMT-GT Subregional Cooperation (CIMT).

Mesyuarat NSM ini telah membincangkan persiapan akhir mesyuarat IMT-GT Peringkat Menteri termasuk logistik, agenda dan perkara lain yang berkaitan.