Malaysia dan Thailand telah berjaya menganjurkan satu Acara Sampingan (Side Event) bertajuk “Best Practices, Lessons Learnt and SDG Localisation Efforts” sempena Forum Politik Peringkat Tertinggi Pembangunan Mampan (High-Level Political Forum – HLPF) 2025 di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), New York, 17 Julai.

Acara sampingan ini turut disertai negara Bhutan, Finland, Bangladesh dan Filipina. Para panelis berkongsi pandangan mengenai proses penyediaan Kajian Nasional Sukarela (Voluntary National Review – VNR), termasuk pendekatan pelaksanaan, pembiayaan, serta kepentingan data menyeluruh diperingkat persekutuan dan tempatan dalam memperkukuh Agenda 2030. Antara penekanan utama lain juga ialah keperluan kerjasama antara kerajaan, akademia, sektor swasta dan masyarakat sivil melalui pendekatan whole-of-nation dan leaving no one behind semasa sesi pembentukan VNR. Turut dibincangkan ialah peranan VNR yang dapat membantu negara dalam membuat perancangan masa depan dan mengeratkan kerjasama pelaksanaan SDG dengan pemegang taruh.

Majlis di rasmi kan oleh TYT Malaysia Dato’ Dr. Ahmad Faisal Muhammad dan TYT Thailand Mr. Cherdchai Chaivaivid dan turut disertai oleh En Asfaazam Kasbani, Pengarah Pusat SDG mewakili Kem Ekonomi sebagai panelis dalam sesi ini. Wakil Petubuhan Bukan Kerajaan (Non-Governmental Organization) Malaysia CSO-SDG Alliance MCSA dan All-Party Parliamentary Group Malaysia (APPGM) SDG juga di jemput untuk berkongsi pelaksanaan SDG di peringkat tempatan. Acara ini telah menarik lebih 50 penyertaan antarabangsa dan membuktikan komitmen berterusan Malaysia dalam menjayakan Agenda Pembangunan Mampan 2030.

#RancakkanMADANI

#MADANIBekerja

#MalaysiaMadani

#TaatSetia

#KementerianEkonomi