- 169 views
Pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) telah diiktiraf sebagai strategi penting untuk menyokong pembangunan hijau dan rendah karbon, khususnya dalam mengurangkan pelepasan karbon dioksida daripada industri hard-to-abate.
Akta CCUS 2025 serta peraturan-peraturan permit dan perlesenan kini berkuat kuasa bermula 1 Oktober 2025. Inisiatif ini menjadi tonggak utama dalam menyokong pembangunan teknologi CCUS yang selamat, teratur dan bertanggungjawab di Malaysia, seiring aspirasi sifar bersih pada tahun 2050.
Orang ramai boleh dapatkan akses penuh di
https://lom.agc.gov.my/act-view.php?language=BI&type=pua&no=P.U.%20(A)%20346/2025 #CCUS #RancakkanMADANI #MalaysiaMadani #MADANIBekerja

