PUTRAJAYA, 25 Oktober 2022 - Bahagian Pengurusan Nilai, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) telah menerima kunjungan delegasi daripada Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU Sarawak), Jabatan Premier Sarawak.

Lawatan kerja itu diketuai Puan Rozaini Mohammad Zahir, Pemangku Pengarah EPU Sarawak dan turut disertai 18 pegawai dari beberapa Agensi Kerajaan Sarawak.