Putrajaya, 8 Januari 2024 - Pusat SDG Negara, Kementerian Ekonomi dan Pejabat Residen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Malaysia, Singapore dan Brunei Darussalam telah menganjurkan bengkel latihan berkenaan Penilaian Data dan Kemajuan SDG di Pertengahan Penggal “Training on In-house UN assessment of SDG Mid-Point Progress” yang telah juga di hadiri seramai 25 orang mewakili DOSM dan Bahagian-bahagian lain di Kementerian Ekonomi.

Bengkel telah dimulakan dengan ucap tama oleh En Asfaazam Kasbani, Pengarah Pusat SDG Negara diikuti dengan PYT Karima El Korri, Wakil Residen PBB.

Latihan tersebut telah membantu peserta dalam memahafami data-data terpilih dan perumusan kemajuan setiap matlamat SDG yang mana akan memastikan pelaporan yang berkualiti kelak selaras dengan kerangka diperingkat global. Ia juga akan membantu PSN dalam sesi penerangan dengan setiap Kementerian peneraju matlamat SDG bagi memastikan pelaporan yang jelas dan tepat selaras dengan pelaporan kemajuan RMKe-12.