PUTRAJAYA, 4 Oktober 2023 – Kementerian Ekonomi telah mengadakan Bengkel Malaysia-Thailand Committee on Joint Development Strategy for Border Areas (JDS) di Hotel Dorsett, Putrajaya. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Haji Mohd Shaharin bin Umar, Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah, Kementerian Ekonomi, yang mewakili YBhg. Dato’ Nor Azmie Bin Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi.

Bengkel ini dihadiri oleh wakil-wakil Kumpulan Kerja yang terlibat di bawah kerjasama subserantau JDS termasuk Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah, Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak, Majlis Keselamatan Negara, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara.

Bengkel JDS ini diadakan bertujuan untuk menilai, menyemak semula dan memuktamadkan draf dokumen Pelan Strategik JDS sebelum dikemukakan kepada pihak Thailand.