- 352 views
Unit Integriti, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri menganjurkan Bengkel Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) pada 3-6 Mei 2021 yang bertujuan untuk menganalisis data yang terhasil daripada pelaksanaan Bengkel Pengurusan Risiko Rasuah (CRM).
Bengkel ini turut memberi pendedahan serta pemahaman tentang langkah-langkah untuk merangka dan membangunkan OACP yang boleh digunakan oleh EPU bagi menangani permasalahan dan kelemahan governans, integriti dan antirasuah dalam organisasi serta memberi pemahaman dan pengetahuan kepada peserta untuk menganalisis data, menilai risiko rasuah dan melaksanakan perancangan senario untuk membangunkan OACP.