31 Julai 2024, Johor Baharu - Bengkel Pengisian Program MADANI Rakyat (PMR) Zon Selatan di Dewan Kuliah 4 & 5, Blok N24 Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, Johor.

Bengkel ini melibatkan wakil setiap kementerian dan agensi yang terlibat bagi memastikan pengisian Program MADANI Rakyat (PMR) Zon Selatan bukan sahaja dapat memberikan pendedahan berkaitan Ekonomi MADANI, tetapi juga dapat menonjolkan keunikan negeri-negeri yang terlibat seperti Johor, Melaka serta Negeri Sembilan yang mampu menarik perhatian pengunjung nanti.