- 15 views
12 Februari 2025, Putrajaya - YB Dato’ Seri Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah menghadiri Bengkel Reformasi Perbelanjaan Pembangunan (DE) di bawah RMK13 anjuran Kementerian Ekonomi pada 12 Februari 2024 di Zenith Hotel, Putrajaya.
Turut hadir, YBhg. Dato Nor Azmie bin Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, YBhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar),YBhg. Dato Luqman Bin Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral). Serta pegawai-pegawai tertinggi daripada pelbagai kementerian dan jabatan.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi memastikan setiap kementerian dan jabatan memahami mekanisme pelaksanaan yang bakal diperkenalkan dalam tempoh RMK13 serta memastikan penyelarasan dan penambahbaikan dapat diterima pakai bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan projek pembangunan negara.
Bengkel ini turut menampilkan sesi plenari yang memberi ruang kepada panel jemputan dari sektor awam dan swasta seperti YBhg. Ts. Dr. Fazidah Binti Abu Bakar, Ketua Pengarah, Jabatan Digital Negara, YBhg. Datuk Muhammad Azmi Bin Mohd Zain, Ketua Pengarah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian dan Persekutuan, YBrs. Ir. Zulkifli Bin Abdul Rashad, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Zohari Hj Akob, Mantan Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya dan YBhg. Datuk Md Arif Mahmood, Pengarah Bukan Eksekutif HSBC Amanah untuk berkongsi pengalaman dan idea dalam memperkukuh pelaksanaan projek pembangunan.
Selain itu, satu sesi taklimat mengenai Garis Panduan Penyediaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) serta Permohonan Projek Pembangunan Tahun 2026-2030 telah disampaikan oleh En. Mohd Sukri Bin Mat Jusoh, Pengarah Bahagian Bajet Pembangunan, Kementerian Ekonomi.
#Kementerianekonomi
#taatsetia
#Malaysiamadani
#MADANIBekerja