21 September 2024, Putrajaya - YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia telah menghadiri Bengkel Transformasi Ekosistem Halal 2024 (TEH 2024) pada 21 September 2024 di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.

Majlis dimulakan dengan perbincangan enam kluster berkaitan penyelesaian industri Halal. YB Timbalan Menteri turut berkongsi Industri halal bukan sekadar berkaitan produk yang memenuhi syariah, ia melibatkan keseluruhan ekosistem yang mencakupi kebersihan, keselamatan, dan kesejahteraan pengguna.

TEH 2024, yang berlangsung selama dua hari, melibatkan 15 kementerian dan 151 pertubuhan. Acara ini bertujuan untuk menghasilkan perbincangan produktif tentang peranan dan masa depan industri halal di Malaysia, serta strategi penyelesaian terbaik untuk memperkukuhkan ekosistem halal dalam perdagangan dan pelaburan negara.