Bengkel Triangulasi Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi Kebangsaan (NMPI), 3- 4 Ogos 2024, Bangi Resort Hotel. Kementerian Ekonomi bersama-sama UNDP telah mengadakan Bengkel Triangulasi Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi Kebangsaan (NMPI) pada 3-4 Ogos 2024 di Bangi, Selangor.

Objektif bengkel ini adalah untuk membincangkan serta mengesyorkan dimensi dan petunjuk kemiskinan multidimensi Malaysia yang ditambah baik, seperti yang dinyatakan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025.

Bengkel ini telah dipengerusikan oleh YBhg Datuk Dr. Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Ekonomi dengan dihadiri oleh wakil pelbagai kementerian dan agensi Kerajaan.

Pakar tempatan dan pakar daripada Oxford Poverty and Human Development Initiative (OPHI) bertindak sebagai pemudah cara dalam bengkel ini.

Seiring dengan pembangunan dan aspirasi Malaysia ke arah menjadi sebuah negara yang mampan, makmur dan berpendapatan tinggi, ia adalah masa yang tepat untuk Malaysia mengguna pakai ukuran multidimensi yang lebih relevan dan progresif, sejajar dengan konsep Malaysia MADANI.