Kuala Lumpur, 6 Ogos 2020 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) hadir ke The EAC Workshop Series : Public Institutions & Governance bertempat di INTAN, Bukit Kiara.

Tujuan diadakan workshop ini ialah untuk mendapat idea tentang pemulihan ekonomi dengan penyertaan penjawat awam daripada pelbagai kementerian seramai 60 orang peserta.

Seminar anjuran bersama Unit Perancang Ekonomi dan Majlis Tindakan Ekonomi mewujudkan platform perberbincangan hal-hal berkaitan cabaran yang dihadapi hari ini dan langkah siap siaga bagi menghadapi cabaran mendatang pasca Covid-19.

Rumusan-rumusan hasil daripada seminar ini akan digunakan oleh Sekreatriat Majlis Tindakan Ekonomi bagi merangka pelan jangka panjang untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi negara.