- 191 views
Putrajaya, 19 Ogos 2020 - Economic Dialogue Series (EDS) siri pertama telah berlangsung dengan jayanya pada 19 Ogos 2020 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat MTEN, Unit Perancang Ekonomi.
EDS bertindak sebagai platform percambahan minda dan perkongsian maklumat mengenai agenda ekonomi terkini negara. Selain itu, memberi ruang untuk menjalin dan mengukuhkan silaturrahim antara warga EPU.
Program julung kali ini membicarakan tentang 'PGK 2019 : Who is defined as poor?' oleh YBrs. Encik Abdul Halim Abdul Aziz, Pengarah Bahagian Pembangunan Ekuiti dan dihadiri oleh YBrs Dr. Maziah Che Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) serta seramai 50 warga EPU.