Delegasi Malaysia yang diketuai oleh YB Timbalan Menteri Ekonomi, Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, bersama pegawai daripada Kementerian Ekonomi, Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Audit Negara, telah menghadiri Forum Asia Pasifik Pembangunan Mampan ke 11 (APFSD-11) pada 20 hingga 23 Februari 2024, dengan tema “Reinforcing the 2030 Agenda for Sustainable Development and eradicating poverty in times of multiple crises: The effective delivery of sustainable, resilient and innovative solutions in Asia and the Pacific”, di Pusat Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Conference Center) di Bangkok, Thailand.

Selain sesi plenari dan perbincangan meja bulat, lebih 60 acara sampingan dan pra-acara telah juga berlangsung.

Intipati persidangan meliputi perkongsian kenyataan negara, persediaan negara didalam Persidangan Masa Hadapan 2024 (Summit of the Future) September 2024 di New York kelak, dialog pelaporan sukarela kebangsaan (VNR) dan pemerkasaan kerjasama serantau dalam pembangunan mampan.

Komitmen Malaysia telah diterjemahkan dalam kenyataan negara oleh ketua delegasi, YB Timbalan Menteri Ekonomi yang dibacakan oleh Pengarah Pusat SDG Negara, Kementerian Ekonomi, YBrs. Encik Asfaazam Bin Kasbani.

Persidangan Masa Hadapan 2024 merupakan satu platform peringkat tinggi dimana fokus diberikan kepada (i) agenda pembangunan mampan dan kewangan (ii) keamanan dan keselamatan antarabangsa (iii) Sains, teknologi, inovasi dan kerjasama digital (iv) belia dan generasi masa hadapan serta (v) Transformasi tatakelola antarabangsa.

Delegasi Malaysia juga membuat kunjungan hormat kepada Duta Besar Malaysia ke Thailand, TYT Datuk Jojie Samuel.