- 192 views
KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2023 - YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi menjadi salah seorang ahli panel dalam Forum Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Utama Bukit Kiara.
Dalam forum tersebut, sesi pertama merupakan sesi pembentangan oleh setiap panel mengenai konsep ekonomi madani memperkasa rakyat manakala pada sesi kedua merupakan sesi soal jawab oleh para hadirin yang hadir.