- 12 views
Kementerian Ekonomi ketika ini sedang menghadiri Forum Politik Peringkat Tertinggi Pembangunan Mampan (High-Level Political Forum (HLPF) on Sustainable Development), bermula 14 Julai 2025 sehingga 23 Julai 2025 di New York City, Amerika Syarikat, yang merupakan platform utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menyemak pelaksanaan Sustainable Development Goals (SDG) negara-negara anggota menjelang 2030.
Forum dimulakan dengan acara perasmian oleh Presiden ECOSOC bersama dengan Timbalan Setiausaha Agung PBB, di mana intipati ucapan perasmian berkisar tentang keperluan mendesak bagi negara-negara anggota untuk meningkatkan kerjasama dalam meningkatkan pembiayaan SDG, kerjasama dengan pihak swasta dan penguasaan sains, teknologi dan innovasi.
Di sebelah petang pula, Malaysia telah berkongsi kejayaan negara di dalam menangani isu kesihatan, semasa sesi mesyuarat semakan dan perkongsian tentang kemajuan SDG 3 Kesihatan Yang Baik Dan Kesejahteraan.
Delegasi Malaysia diketuai oleh TYT Dato' Dr. Ahmad Faisal Muhamad, Wakil Tetap Malaysia ke PBB manakala En Asfaazam Kasbani, Pengarah Pusat SDG Negara mewakili Kementerian Ekonomi.
#KementerianEkonomi
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#MalaysiaMadani
#taatsetia