- 53 views
13 Jun 2025, Putrajaya - Hari Terakhir YB Dato’ Seri Rafizi Ramli Sebagai Menteri Ekonomi Bersama Warga Kementerian.
Warga Kementerian Ekonomi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Dato’ Seri Rafizi Ramli atas kepimpinan cemerlang beliau sebagai Menteri Ekonomi.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, YB Menteri telah menunjukkan komitmen tinggi dalam melaksanakan reformasi ekonomi berlandaskan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan keberkesanan dasar.
Antara pencapaian utama beliau termasuk:
✅ Inisiatif Peningkatan Taraf Hidup Rakyat melalui pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR).
✅ Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) yang memacu pembangunan Bumiputera ke arah lebih mampan dan berdaya saing.
✅ Dasar Gaji Progresif (DGP) bagi menstruktur semula gaji pekerja dan meningkatkan produktiviti nasional.
✅ Pangkalan Data Utama (PADU) sebagai asas penyasaran subsidi yang lebih efisien, saksama dan inklusif.
✅ Kerangka Ekonomi MADANI sebagai hala tuju pembangunan negara berpaksikan nilai kemampanan, keterangkuman dan kesejahteraan rakyat.
✅ Penekanan terhadap inovasi, digitalisasi dan reformasi struktur ekonomi jangka panjang yang lestari.
✅ Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) bagi memperkukuh jaringan pelaburan, perdagangan dan pergerakan tenaga kerja antara dua negara jiran.
✅ Pemuktamadan Rancangan Malaysia Ke13 (RMK13) yang bakal dibentangkan di Parlimen dalam sidang akan datang.
Seluruh warga Kementerian Ekonomi mendoakan agar YB Dato’ Seri terus dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini. Terima kasih atas segala jasa dan khidmat bakti. Salam hormat daripada kami warga Kementerian Ekonomi.