- 52 views
Batam, Kepulauan Riau, Indonesia, 28 September 2023 – YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah menyampaikan Ucaptama dalam 'IMT-GT Business Forum: Joint Promotion on Special Economic Zone' bersempena dengan 29th IMT-GT Ministerial Meeting di Hotel Marriott, Batam, Kepulauan Riau, Indonesia.
Forum ini telah dihadiri oleh wakil Kerajaan dan pemain industri ketiga-tiga negara anggota IMT-GT. YB Menteri telah menyentuh mengenai potensi dan cabaran yang dihadapi oleh beberapa Zon Ekonomi Khas ( _Special_ _Economic_ _Zones_ ) negara anggota seperti _Batam Free Trade Zone_ di Indonesia, _Penang Free Industrial Zone_ di Malaysia dan _Eastern Economic Corridor_ di Thailand.
Beliau turut menyeru negara anggota IMT-GT untuk saling melengkapi dengan meningkatkan kerjasama dan memanfaatkan integrasi kerjasama serantau. Pada masa yang sama, beliau turut berkongsi beberapa pandangan kepada pihak swasta dalam usaha memanfaatkan kuasa ‘promosi bersama’ di SEZ dan Kawasan Perindustrian negara anggota IMT-GT. Selepas Ucaptama, YB Menteri telah melawat pameran dan diberi penerangan mengenai perkembangan pembangunan kawasan SEZ di Indonesia.