Usaha Haji Abdul Kahar membaik pulih gelanggang futsal untuk anak muda di kawasan perumahannya berjaya dicapai menerusi Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR).

Gelanggang futsal yang telah usang di Taman Desa Permai, Repah, Tampin Negeri Sembilan itu merupakan tempat riadah anak-anak muda sekitar yang perlu sentiasa dijaga dan diselenggara dengan baik.

IKR adalah program khas Kementerian Ekonomi bermula tahun 2023 yang memberi tumpuan kepada projek kecil berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada rakyat.

Permohonan boleh dibuat terus ke Kementerian Ekonomi oleh sesiapa sahaja, pihak komuniti atau pun orang perseorangan.

Semoga usaha Kementerian Ekonomi ini dapat memberi manfaat kepada rakyat terbanyak di peringkat akar umbi.