- 129 views
Temerloh, 6 Jun 2024 - Peruntukan RM190,000 Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) Kementerian Ekonomi memberi manfaat kepada kariah Surau Al-Ansar, Taman Jaya 3, Temerloh.
Permohonan telah diperolehi pada bulan Jun 2023 dan diluluskan pada Oktober 2023. Tender kemudiannya dikeluarkan pada bulan Mac 2024, sebelum projek membaik pulih dimulakan pada Mei 2024.
Jangkaan projek ini siap adalah pada Ogos 2024. Sasaran program IKR Kementerian Ekonomi ini adalah untuk memberi impak secara terus kepada komuniti peringkat akar umbi.
Permohonan boleh dibuat oleh orang perseorangan atau komuniti setempat ke Kementerian Ekonomi tanpa perlu melalui agensi-agensi kerajaan yang lain. Semoga usaha ini dapat memberi manfaat berpanjangan demi keselesaan hidup rakyat.