- 31 views
Dana Kementerian Ekonomi menerusi program Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) telah sampai ke akar umbi di banyak negeri.
Salah satunya adalah di komuniti Kampung Orang Asli Sg. Gapes, Kampar, Perak.
Dana yang ada ini adalah untuk menaik taraf dan membaik pulih Surau Al-Hasanah di sana.
Walaupun lokasi surau ini terletak agak jauh di pedalaman, dana IKR yang diwujudkan telah berjaya tiba di seluruh pelosok negara, ke pelbagai komuniti.
Semoga surau ini terus dihidupkan dan diimarahkan dengan program-program keagamaan yang dapat memberi manfaat kepada komuniti di sana.