- 48 views
PUTRAJAYA, 5 April 2023 – Kementerian Ekonomi telah menerima kunjungan daripada mahasiswa Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Menara Prisma.
Lawatan sambil belajar itu diketuai oleh YBrs. Prof Madya Dr Azila Abdul Razak, pensyarah Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, UPSI dan disertai oleh 28 orang mahasiswa.
Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan serta kefahaman para mahasiswa mengenai rancangan pembangunan negara serta isu-isu ekonomi semasa.
Sehubungan dengan itu, satu taklimat telah diberikan oleh YBrs. Puan Raudatil Jannah Abdul Wahab Zen, Timbalan Pengarah III (Ekonomi Negeri dan Kesejahteraan Rakyat), Bahagian Ekonomi Makro, Kementerian Ekonomi.