Kementerian Ekonomi telah menerima kunjungan delegasi daripada Kerajaan Republik Rakyat China (RRC) pada 22 Julai 2024. Delegasi tersebut telah melawat projek IPR-INTAN di Presint 9, Putrajaya dan diberikan taklimat oleh wakil Kementerian Ekonomi.

Turut terlibat dalam sesi taklimat dan lawatan ialah pihak Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat (PPK KL) selaku syarikat peneraju projek.

Secara amnya, lawatan ini dilihat telah berjaya menjadi platform perkongsian antara pihak Kementerian Ekonomi dan wakil Kerajaan RRC dalam berkongsi ilmu dan pengalaman masing-masing bagi menjayakan program-program seperti IPR-INTAN yang dilihat mampu menoktahkan kemiskinan rakyat.